Written by AbangNara | January 11th, 2011

Terima kasih kepada kawan abang Nara di alam maya, RotiKaya yang berusaha keras mengumpulkan gambar-gambar sekitar majlis hari jadi Siti Nurhaliza malam semalam. Sambutan hari jadi ini dibuat di JW Mariot Kuala Lumpur. Ramai jugak artis yang datang. Antaranya Yuna, Mawi, Lisa Surihani dan ramai lagi lah.

Dan sesungguhnya apabila melihat gambar Datuk Siti dan Datuk K bersama bayi di atas, kami dapat rasakan betapa tak sabarnya mereka berdua untuk menimang cahaya mata. Semoga tahun 2011 ini akan membawakan berita gembira untuk mereka berdua.

Lagi gambar sekitar majlis hari jadi Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | January 11th, 2011

lagiajl5

Kalau ada gambar-gambar red carpet AJL25 yang dah bercampur-campur dan yang dah dikeluarkan tapi abang Nara keluarkan jugak kat sini, harap dimaafkan. Banyak sangat gambar yang ada. Tak sempat nak check satu persatu.

Lagi gambar sekitar Red Carpet AJL25 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 11th, 2011

ana rafali

Bangun pagi-pagi kami dikejutkan dengan satu email yang bertajuk “Kecewa Dengan BeautifulNara”. Aduh, tak pernah dapat email yang macam ini membuatkan hati kami dap dup dap dup. Baca punya baca email tersebut, ada juga logiknya apa yang disampaikan.

Semuanya ini ada kaitan dengan entri operasi menjatuhkan Ana Raffali sudah bermula yang kami keluarkan semalam. Untuk berlaku adil, kami keluarkan juga email ini. Mana tahu boleh membuka persepsi anda semua. Tak begitu?

[note]Berbalik pada isu andy flop poppy tu saya nak suarakan kekecewaan pada abg nara sebab menuduh orang yang membangkitkan tentang isu tu seolah berniat jahat. salah ke orang ramai menimbulkan persoalan? bukan  cemburu dengan kemenangan ana raffali tetapi kecewa dengan TV3 yang gagal memilih juri dengan baik. memang keputusan takkan berubah tapi sekurang2nya bila isu ini dibangkitkan TV3 akan sedar dan lebih berhati2 pilih juri next time.

Tentang admin fb ana raffali saya memang kecewa, apa niat dia padam nama andy flop poppy masa abg nara tgk fb tu? dan kenapa skrng dia letak balik dengan hanya tulis Andy FP?? dia seolah2 takut dengan persoalan yang orang lain timbulkan. kalau dah takut tu maknanya apa??

Saya sgt tak setuju dengan entri operasi mempertikaikan kemenangan anna raffali sudah bermula?? abg nara tak perlu nak backup ana raffali.. dia tak salah pun dalam isu ni, yang salah adalah kegagalan TV3 memilih juri. dan ini terserlah bila seorang lagi juri iaitu Azmeer pun tak setuju dgn kemenangan Ana Raffali. Apa cerita??

Jika benar abang nara siasat dulu semua email yg diterima tak sepatutnya ada entri tersebut! sah2 ramai tahu Andy tu mmg ahli band Ana Raffali..  tak cukup dengan hanya update sahaja, entri tersebut harus ditulis semula.. saya antara yg mempersoalkan ansy sebagai juri berniat baik untuk tegur tv3! bukan nak persoalkan ttg kemenangan Ana Raffali.. memang rezeki dia menang tapi adalah lagi elok jika kemenangan tu tanpa kontroversi..

[/note]

Terima kasih untuk penghantar email yang berjaya menunjukkan satu persepsi berbeza kepada kami. Pendapat kami senang sahaja, pengurusan AJL kena lebih peka selepas ini. Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang umum meragui kredibilit anda. Tak gitu?

P.S: Nasib ahli sukan

Written by AbangNara | January 11th, 2011

watie.6

Ingat lagi entri kami yang bertajuk Angelina anak siapa? Rasanya semua orang tahu yang artikel tersebut ditujukan kepada Watie Elite. Gagal mencari Watie Elite untuk penerangan, akhirnya abang ipar Watie Elite berjaya ditemui untuk merungkai rahsia ini. Jawapannya ialah, Angelina adalah anak halal Watie Elite bersama bekas suaminya 15 tahun dahulu.

[note]

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka. [/note]

Kata abang ipar Watie Elite lagi, ibu angkat kepada Angelina ini bermotifkan duit apabila mendedahkan hal ini. Kata abang ipar Watie Elite, ibu angkat Angelina kini adalah seorang ibu tunggal dan kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mengugut Watie. Tetapi Watie Elite tidak mahu memberikan wang kepada ibu Angkat Angelina. Padahnya, ibu angkat Angelina keluar berjumpa media untuk menjatuhkan nama Watie Elite.

Untuk makluman, Watie telah pun berjumpa dengan anaknya 2 bulan yang lepas. Dan Watie telah berjanji untuk membawa anaknya untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur selepas segala urusan kerjanya selesai. Namun entah mengapa tiba-tiba si ibu angkat Angelina ini keluar di Melodi walaupun telah bersetuju ketika berjumpa dengan Watie Elite.

Kami taknak cakap banyak-banyak. Yang penting anak halal ataupun anak haram, Watie kenalah menjaga si Angelina. Lagi-lagi kalau anak halal. Darah daging sendiri tue. Semoga hal ini dipermudahkan untuk Watie. Info sebenar dari ManggaOnline.

P.S: Comel gila baby girl nie main dengan monyet.