Tular di media sosial satu luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penganiayaan oleh seorang lelaki yang turut digelar sebagai ‘panglima TikTok’.
Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap individu tersebut, malah meminta orang ramai mengenali lelaki berkenaan.

Dalam masa sama, wanita itu mendakwa dirinya kini perlu mendapatkan rawatan daripada pakar mata dan pakar bedah susulan kejadian tersebut, selain memaklumkan ibunya turut mengalami trauma.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut, dan identiti lelaki yang dimaksudkan juga belum dapat dipastikan meskipun ramai netizen sudah mula mengetahui siapakan individu yang dimaksudkan wanita tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
