“Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar” – Viral Kurma Salut ‘Butter’ Buat Sahur, Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang!

Gaya Hidup

“Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar” – Viral Kurma Salut ‘Butter’ Buat Sahur, Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang!

Esok, tanggal 12 Mac 2024 seluruh umat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan yang mulia selama sebulan.

Sinonim dengan sambutan Ramadan, buah kurma pastinya menjadi juadah wajib untuk sahur dan berbuka kerana sifat tahan kenyang yang dimiliki buah tersebut.

Advertisement

Tular di aplikasi X dan Facebook, cara-cara memakannya adalah dengan menyalut sedikit mentega di atas buah kurma yang dibelah.

Seperti perkongsian seorang individu ini, cara penyediaan buah kurma bersalut mentega itu telah diajar seorang guru pengajian Al-Quran di Mesir.

Semalam syeikh Mesir yang juga guru al-Quran saya datang ziarah. Saya hidangkan beliau zaatar dan minyak zaitun Al Ard.

Kebetulan ada kurma. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi, letak butter dan pelbagai kekacang.

Malah, mantan menteri agama, Dr Zulkefli Al Bakri turut menulis kelebihan memakan buah kurma bersalut menteega itu yang dianggap salah satu makanan kegemaran Rasullulah S.A.W.

Menjengah ke ruangan komen beberapa hantaran berkenaan juadah itu di media sosial, ramai  yang telah mencubanya dan tidak dinafikan memang sedap dan lebih enak jika disimpan di peti sejuk terlebih dahulu sebelum dijamah ketika waktu sahur.

Serius tak tipu. Memang sedap gila. Kurma medjoul ni lembut cair dalam mulut. Ditambah pula rasa lemak masin dari butter dan rangup kacang badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ramadan bazar
2 months ago

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya 'Masuk' Tong Sampah? Cuba 4 Tips 'Strict' Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...