Beli Macam Macam Tapi Akhirnya ‘Masuk’ Tong Sampah? Cuba 4 Tips ‘Strict’ Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Gaya Hidup

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya ‘Masuk’ Tong Sampah? Cuba 4 Tips ‘Strict’ Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Selain beribadah dan menambah pahala, bazar Ramadan adalah antara yang dinanti-nantikan oleh masyarakat kita apabila tibanya bulan yang mulia ini.

Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang pasti akan dibeli setiap kali berkunjung di bazar Ramadan dan antara yang popular adalah murtabak, roti john, roti boom, kuih tepung pelita dan ayam golek.

Advertisement

roti boom bazar

Tetapi, menyedihkan apabila setiap tahun kita ditunjukkan bahawa banyak makanan dibazirkan pada setiap Ramadan. Walaupun terliur, kita kena sentiasa beringat untuk tidak membazir dan berpada-pada dalam berbelanja.

 

1. Bawa bekas makanan

Yes, bawa tupperware pergi bazar. Bukan setakat boleh jimat duit, korang juga tak perlu guna plastik untuk bungkus makanan. Setiap kali nak pergi bazar, jadikan tips ni sebagai satu challenge, sebab korang hanya boleh beli makanan ikut saiz bekas yang dibawa tu je!

tupperware

Sebenarnya, bawa bekas makanan ini dah lama digalakkan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan dan Majlis Perbandaran, sejak kempen bebas plastik dimulakan lagi.

 

2. Tinggal handphone

Ini mungkin agak susah untuk kebanyakan orang, yelah takkan nak tinggal handphone macam mana nak bayar secara online? Haa itulah sebab utama korang tak perlu bawa phone.

Zaman sekarang ni, cara pembayaran menjadi semakin mudah dan kebanyakan peniaga akan sediakan kod QR untuk kita imbas dan bayar. Disebabkan itulah, korang tak perlu bawa phone dan hanya sediakan wang tunai untuk bayar apa yang dibeli.

kod qr bazar

Tapi make sure korang pergi bazar terdekat je, pergi jauh jauh tak bawah handphone susah juga kalau ada kecemasan.

 

3. “Esok boleh beli lagi”

Salah satu cara yang boleh kita cuba adalah terapkan dalam diri dan pemikiran, setiap kali rasa mahu beli sesuatu makanan korang kena ingat – “esok boleh beli lagi”.

Mungkin dengan cara ini, kita dapat berjimat atau tiada pembaziran makanan akan berlaku. Contohnya korang hanya beli satu jenis kuih, satu air dan satu juadah lauk.

Disiplinkan diri untuk hanya beli satu jenis sahaja bagi setiap kategori yang korang nak makan. Hari ini dah beli tepung pelita, esok pulalah beli kuih popia.

bazar popia

 

4. Tetapkan bajet harian

Selain tinggalkan phone, kalau korang rasa boleh kawal diri untuk tidak bayar menggunakan kod QR, ini lagi satu tips boleh dicuba.

Setiap hari, terhadkan berapa jumlah yang akan dibelanjakan di bazar dan pastikan korang tidak membeli lebih daripada jumlah yang telah ditetapkan. Jangan cheat!

Kalau jumlah itu telah habis dibelanjakan tetapi korang rasa teringin satu juadah lagi, berbalik kepada tips nombor tiga – “esok boleh beli lagi”.

cash bazar

Ingat, selain tahan lapar dan dahaga kita juga kena lawan nafsu berbelanja sepanjang bulan Ramadan.

Memang mencabar juga sebenarnya nak berjimat kalau dah pergi bazar Ramadan kan? Terliur tengok makanan (perut pula lapar), bau pun sedap, ha mulalah nak membeli tak ingat dunia.

Tapi apa kata tahun ini kita ubah sikit trend berbelanja dan sama sama cuba empat tips di atas, mana tahu berkesan?

Dalam pada nak jimat tu jangan lupa pastikan korang stay safe. Penting sangat untuk kekal bersih sebab dekat bazar pun ramai sangat orang, make sure korang terlindung dengan krim mandian antibakteria Safi yang membasmi 99.9% kuman.

Kekal terlindung ketika membeli juadah berbuka! #SafiMalaysia #SAFIShower

safi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...