Seorang peniaga menerima kritikan netizen selepas mengenakan caj RM30 kepada seorang pelajar yang ingin memeriksa sama ada kalkulator saintifiknya rosak.
Menurut perkongsian tular, peniaga tersebut mendapati kalkulator berkenaan hanya kehabisan bateri sebelum bertindak menukarnya. Namun, tindakan itu mencetuskan persoalan apabila dia dilihat mengeluarkan bateri daripada alat kawalan jauh untuk digunakan pada kalkulator tersebut, tetapi masih mengenakan caj RM30.
Motherboard calculator tu rosak ke sampai kena caj RM30?😅 pic.twitter.com/QIliwUaJLo
— ًِ (@bckupacc99) April 20, 2026
Difahamkan, ibu kepada pelajar itu tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar caj berkenaan, menyebabkan pelajar perempuan tersebut menggunakan wang sakunya sendiri.
Susulan itu, netizen mula mempertikaikan caj dikenakan dengan ada yang mempersoalkan sama ada kerosakan melibatkan komponen lain seperti papan induk, memandangkan harga bateri tidak setinggi itu.
Rata-rata menyifatkan tindakan peniaga tersebut sebagai tidak munasabah, lebih-lebih lagi melibatkan pelanggan pelajar sekolah.
Bagaimanapun, pemilik kedai tampil memberi penjelasan bahawa caj RM30 itu bukan sekadar untuk penukaran bateri, sebaliknya melibatkan kos servis selepas mendakwa kalkulator tersebut mengalami kerosakan akibat terkena air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
