Penampilan aktres Sharifah Sakinah ketika menghadiri tayangan perdana filem Tarung: Unforgiven baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian di platform Threads menerusi akaun @f8buzz, Sakinah dilihat menggayakan busana yang agak berani dengan perincian cut-out, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Rata-rata netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu mencolok mata dan kurang sesuai dengan norma di Malaysia. Ada juga yang mempersoalkan kesesuaian pakaian berkenaan, lebih-lebih lagi apabila ia digayakan dalam sebuah acara rasmi seperti tayangan perdana filem.
“Makin ditegur, makin dibukanya. Astagfirullahalazim.”
“Artis yang over sangat tak respect agama sendiri ni patutnya kita boikot je. Tak kira hebat mana kau berlakon. Free hair je masih boleh diterima. Tapi makin lama makin banyak yang dibuka.”
“She feeling feeling kat met gala.”
“Acah pelakon Hollywood.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan aktres tersebut.
Selain kritikan, ada juga netizen yang mendoakan agar Sakinah diberikan hidayah dan berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
