Tiga Mahut Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Dihantar Pantau Dara, Amoi Dan Kelat

Kehidupan

Tiga Mahut Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Dihantar Pantau Dara, Amoi Dan Kelat

Tiga orang mahut dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC) telah ditugaskan untuk menjaga tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Tiga mahut tersebut termasuk Ali Gadong daripada komuniti Orang Asli Che Wong, yang mempunyai pengalaman mengendalikan ketiga-tiga gajah berkenaan, lapor Utusan Malaysia.

Advertisement

Ketua NECC, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, Ali dipilih untuk ke Jepun bersama dua lagi mahout, Suhaimi Ibrahim dan Mohd Faizal Ahmad, bagi menguruskan gajah-gajah tersebut di zoo berkenaan.

cSumber : UTUSAN MALAYSIA  

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memulakan tugasan pada 15 April dan akan berada di sana selama dua bulan, dengan kemungkinan tempoh itu dilanjutkan bergantung kepada keperluan operasi serta penilaian pihak pengurusan zoo.

Tambahnya, mahut terbabit memberi tumpuan kepada aspek pengendalian, penjinakan dan pemantauan kesihatan gajah-gajah tersebut.

“Ali merupakan mahut utama bagi Kelat, seekor gajah berusia 20 tahun, dan turut berpengalaman mengendalikan Dara (15) serta Amoi (10), menjadikannya antara individu penting di Kuala Gandah NECC,” katanya.

Walaupun terdapat perkembangan positif, isu tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial apabila ada netizen mendakwa Dara, Amoi dan Kelat berada dalam keadaan tertekan serta menderita di zoo berkenaan.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak menggambarkan keadaan sebenar gajah-gajah itu di Zoo Tennoji.

Menurutnya, kemas kini harian termasuk video daripada mahout yang ditempatkan di zoo tersebut menunjukkan ketiga-tiga gajah berada dalam keadaan stabil dan sedang menyesuaikan diri secara berperingkat dengan persekitaran baharu mereka.

Beliau turut menambah, tafsiran berdasarkan video atau gambar semata-mata boleh mengelirukan kerana ia tidak menggambarkan konteks penuh amalan pengurusan haiwan di zoo tersebut. – UTUSAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mazlee malik
2026-04-30 11:38:10

Maszlee Malik Maklum Gesaan Bawa Pulang Tiga Gajah 'Sudah Sampai' Ke Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...