Rosmaini Disiasat Berkaitan Kes Tanam Janin Usia 12 Minggu – KP Kedah

Berita

Rosmaini Disiasat Berkaitan Kes Tanam Janin Usia 12 Minggu – KP Kedah

Lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani kini turut disiasat berkaitan kes menanam janin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Gufran pada 2 April lalu, memetik Sinar Harian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, janin itu dipercayai kandungan isterinya yang berusia 12 minggu dan gugur selepas suspek memukul mangsa.

Advertisement

sp

Menurut beliau, polis telah membawa suspek berusia 43 tahun bersama isterinya ke lokasi berkenaan pada Khamis lalu bagi menunjukkan tempat janin tersebut ditanam. Pasukan forensik turut hadir untuk melakukan kerja penggalian.

“Polis membawa suspek bersama isterinya, iaitu mangsa berusia 39 tahun untuk menunjukkan lokasi janin itu ditanam. Kita bawa pasukan forensik dan gali. Namun, kita menemui seperti tisu kering yang tidak menyerupai janin.

(TERKINI) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Dipenjara 14 Tahun

“Kita telah menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada itu janin ataupun sel manusia. Jika disahkan, kita akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Selasa.

Adzli turut memaklumkan, pihak polis meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa suspek supaya tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita hamil mendakwa dirinya dipukul oleh suami sehingga mengalami kecederaan serius dan kehilangan kandungan berusia 12 minggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-04 12:22:13

(TERKINI) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Dipenjara 14 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...