“Fitnah! Jatuhkan Karier Saya” – Disangka ‘Ex BF’ Ira Kazar Lepas Foto Tular, Pelakon Buat Laporan Polis

Hiburan

“Fitnah! Jatuhkan Karier Saya” – Disangka ‘Ex BF’ Ira Kazar Lepas Foto Tular, Pelakon Buat Laporan Polis

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini gambar lama menunjukkan Ira Kazar bersama pelakon, Hanis Kamal Bakar selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun.

Gambar itu dimuat naik dengan ‘hashtag’ #HanyaMerekaYangTahu dan netizen telah membuat spekulasi bahawa Ira Kazar merupakan bekas kekasih Hanis.

Advertisement

Akui pelakon itu, dia tidak tahu menahu tentang gambar itu yang ditularkan sehinggalah ada individu yang meninggalkan komen ‘Woi ex Ira’ ketika sesi ‘live’ di TikTok.

Bukan itu sahaja, adik iparnya juga telah berkongsi dengannya akaun sebenar yang memuat naik video dan gambarnya bersama Ira Kazar.

Hal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil. Dan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah. Jadi, saya tidak mahu rosakkan hubungan dengan kedua belah pihak.”

Disebabkan itu, Hanis dan isterinya telah membuat laporan polis untuk melindungi keluarga, karier dan bisnes mereka kerana perkara yang tersebar itu mendatangkan fitnah buatnya.

Jelasnya lagi, dia meminta pemilik akaun tersebut untuk memadamkan video itu atau jika tidak dia akan rujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul Yusof dah penat
2 years ago

"Saya Reda.." - Syamsul Yusof Akui Dah Letih Dan Penat Dengan Apa Yang Berlaku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...