Baru-baru ini, satu hantaran di Threads membuatkan ramai rakyat Malaysia mula merenung semula gaya hidup, pilihan pendapatan dan sejauh mana stabilnya kewangan mereka sekiranya musibah berlaku secara tiba-tiba.
Dikongsikan oleh pengguna @haqimzolkefli, soalan yang diajukan ringkas tetapi cukup memberi kesan:
Daripada Gaya Hidup Mewah Kepada Bermula Semula
Seorang netizen mendakwa keluarganya pernah berada dalam kelompok satu peratus teratas di Malaysia. Menurutnya, bapanya dahulu merupakan Pengarah Nokia Malaysia dan pernah menyerahkan sendiri telefon Nokia pertama kepada Tun Mahathir.

“Walaupun pendapatan sudah berhenti masuk, tabiat berbelanja masih sama, dan dalam tempoh 10 tahun, semuanya hilang.”
Kini berusia 30 tahun, netizen itu berkata dia sedang membina semula kehidupannya dari bawah dengan pemikiran yang mudah iaitu terus bergerak perlahan-lahan ke hadapan.

Seorang lagi netizen mendedahkan bahawa dia pernah menerima gaji lima angka sebulan ketika baru berusia 25 tahun, lengkap dengan bonus suku tahunan empat angka serta pendapatan yang cukup untuk membolehkan ibu bapanya bersara.
Namun, semuanya berubah apabila seorang ahli keluarganya berdepan bil perubatan enam angka. Walaupun mempunyai insurans, perlindungan itu masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos, menyebabkan dia terpaksa bermula semula dari segi kewangan.
Dia menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan perlindungan insurans yang mencukupi.
Antara balasan yang paling menyayat hati pula hadir tanpa nama pengguna:
“Ibu bapa muflis ketika Covid. Hilang semuanya.”
Individu itu kemudian memulakan perniagaan semata-mata untuk membayar yuran universiti sendiri. Kini, perniagaan yang sama digunakan untuk menanggung ibu bapa, keluarga dan juga pendidikan seorang pelajar lain.
Kesimpulan, apa yang ditunjukkan melalui hantaran Threads itu dan semua balasannya adalah satu perkara yang sebenarnya sudah lama difahami rakyat Malaysia secara diam-diam,kategori pendapatan bukanlah identiti seseorang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

