Penumpang Mengamuk Dalam Penerbangan AirAsia, ‘Isyarat’ Kru Kabin Ini Jadi Tumpuan Ramai – “Kuasa Tangan Rakyat Malaysia”

Viral

Penumpang Mengamuk Dalam Penerbangan AirAsia, ‘Isyarat’ Kru Kabin Ini Jadi Tumpuan Ramai – “Kuasa Tangan Rakyat Malaysia”

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita bertindak agresif terhadap kru kabin dalam penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur.

Wanita tersebut, yang mendakwa dirinya seorang pramugari syarikat penerbangan lain, dilaporkan mula menjerit selepas permintaannya tidak dipenuhi. Kekecohan dipercayai bermula apabila dia menuduh penumpang lain merakamnya secara rahsia.

Advertisement

Menurut kru kabin, Syafiq Jisma, wanita itu sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda marah lebih awal selepas rakannya gagal melepasi pemeriksaan imigresen.

chonqing

“Saya menghampirinya dan meminta dengan sopan agar dia merendahkan suara… Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, saya terpaksa berdiri di antara mereka,” jelas Syafiq menerusi Instagram miliknya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila wanita tersebut mempertikaikan kru yang tidak mahir berbahasa Mandarin dan menuntut pampasan kewangan serta-merta.

Padah Tak Patuh Arahan

Disebabkan keengganannya untuk bertenang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke terminal. Pihak polis kemudian menaiki pesawat dan mengeluarkan wanita berkenaan demi memastikan keselamatan semua penumpang.

Insiden tersebut menyebabkan penerbangan tertunda selama satu jam 22 minit.

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu, selain memuji tahap kesabaran dan profesionalisme kru kabin dalam mengendalikan situasi.

Dalam laporan AsiaOne, Pengurus Besar AirAsia X Bhd, Benyamin Ismail turut memuji tindakan kru yang tenang dan mematuhi prosedur, selain menghargai tindakan pantas pihak berkuasa dalam menyelesaikan insiden tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain p[ada pautan di bawah.

panglima aduka
2026-04-23 11:16:01

"Ni Lah Perangai Sebenar Panglima Terhebat TikTok" - Bekas Isteri Dedah Dianiaya, Dip*kul Pempengaruh Silat 'Panglima Aduka'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...