Penyanyi Nubhan tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut rumah tangganya selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri.
Menurut Nubhan, pada peringkat awal perceraian tidak berlaku kerana dia masih mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama bekas isterinya.
Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila timbul isu tuntutan harta serta dakwaan melibatkan jumlah besar sehingga membuatkan dirinya berasa tertekan.
Ditemui Hlive, Nubhan berkata dia sudah cuba memberikan yang terbaik dalam hubungan tersebut, namun akhirnya terpaksa reda sekiranya jodoh mereka hanya sampai di situ.
“Saya Pun Tak Tahu Kenapa Dia Buat Macam Ni” – Nubhan Fail Komital Terhadap Dr Fie Tawfek
“Apabila saya tidak menceraikan, dia ingin menuntut harta 50-50, dan sign 5 juta”
Penjelasan tersebut menarik perhatian ramai selepas sebelum ini isu rumah tangga Nubhan dan bekas isterinya menjadi bualan di media sosial.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
