“Saya Pun Tak Tahu Kenapa Dia Buat Macam Ni” – Nubhan Fail Komital Terhadap Dr Fie Tawfek

Hiburan

“Saya Pun Tak Tahu Kenapa Dia Buat Macam Ni” – Nubhan Fail Komital Terhadap Dr Fie Tawfek

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memaklumkan dia tidak mengetahui perincian prosiding komital yang difailkan bekas suaminya terhadap dirinya.

Menurut Dr. Afifah atau mesra disapa Dr. Fie, dia juga tidak pasti tujuan tindakan tersebut diambil, namun memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada proses mahkamah.

Advertisement

“Saya tak tahu perincian prosiding hari ini cuma doakan yang baik-baik untuk saya.”

“Saya pun tak tahu kenapa Nubhan buat macam ini tapi tak mengapa, kita ikut saja proses mahkamah dan cara yang betul.”

“Semoga yang adil buat saya,” katanya kepada Gempak.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berharap agar keadilan berpihak kepadanya dalam prosiding berkenaan.

Terdahulu, Nubhan hadir ke mahkamah bagi prosiding komital berhubung dakwaan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan terhadap Dr. Fie.

Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah tersebut masih belum didedahkan.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

afdlin shauki
2026-05-05 09:26:12

Datuk Afdlin Shauki Hampir Rebah, Dipapah Orang Ramai Ketika Pengebumian Jalil Hamid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...