“Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka” – Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai

Viral

“Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka” – Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai

Seorang peguam menjadi perhatian ramai di media sosial selepas kenyataannya mempertahankan seorang individu yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga tular baru-baru ini.

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan, peguam berkenaan mendakwa dia membela individu tersebut tanpa sebarang bayaran kerana percaya anak guamnya dianiaya dan difitnah.

Advertisement

fnjsd

“Saya bela Rosmaini secara PERCUMA kerana saya percaya beliau dianiaya dan di fitnah oleh penghuni penghuni Neraka,” tulisnya.

Dalam satu lagi balasan komen, dia turut menegaskan:

“Setuju, Saya bela orang teraniaya dan di fitnah, namanya Rosmaini.”

Namun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempertikaikan tindakan serta pendirian peguam berkenaan, lebih-lebih lagi apabila kes tersebut melibatkan dakwaan serius berkaitan keganasan terhadap pasangan.

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa marah terhadap situasi itu, dengan menyatakan:

sds

Perkongsian itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ramai yang mempersoalkan etika serta sensitiviti dalam mengendalikan kes melibatkan keganasan rumah tangga, khususnya apabila ia dibincangkan secara terbuka di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-24 15:12:09

Penduduk PPR Tak Sanggup Bayar RM60 Yuran Parkir Bertingkat, Lebih Sanggup 'Double Park' - "Dulu Beria Sangat Nak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...