Penduduk PPR Tak Sanggup Bayar RM60 Yuran Parkir Bertingkat, Lebih Sanggup ‘Double Park’ – “Dulu Beria Sangat Nak”

Kehidupan

Penduduk PPR Tak Sanggup Bayar RM60 Yuran Parkir Bertingkat, Lebih Sanggup ‘Double Park’ – “Dulu Beria Sangat Nak”

Isu parkir di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kembali mencetuskan perdebatan hangat selepas satu video tular memaparkan sikap segelintir penduduk yang masih meletakkan kenderaan di bahu jalan walaupun kemudahan parkir bertingkat telah disediakan.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan banyak petak kosong di bangunan parkir, namun jalan sekitar tetap sesak dengan kenderaan yang diletakkan secara berlapis. Keadaan ini dipercayai berlaku kerana ada pemandu yang memilih untuk parkir secara percuma berbanding membayar yuran bulanan sekitar RM60.

Advertisement

Dalam rakaman itu, Black Pesol meluahkan rasa kecewanya terhadap situasi berkenaan.

“Rasa tidak patut pula kalau saya tidak buat video ini, jadi saya perlu menegur orang ramai… dahulu, ketika tiada bangunan parkir, kamu semua asyik memintanya. Kini apabila ia sudah siap dan kereta sudah boleh masuk, kamu masih tidak mahu menggunakannya.”

Beliau turut menegaskan sikap tersebut hanya menimbulkan masalah lain termasuk risiko disaman dan gangguan kepada pengguna jalan raya.

dah bagi

“Sebaliknya, kamu letak kereta di tepi jalan. Kemudian, apabila dikenakan saman, kamu marah. Tempat letak kereta bertingkat itu sudah dibuka dan boleh digunakan, tetapi kawasan di luar masih bersepah.”

Selain itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan dari aspek keselamatan, terutama jika berlaku kecemasan.

“Jika pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu melaluinya, itu pun pasti akan menjadi sukar. Kamu sendiri tidak mempunyai rasa hormat terhadap penduduk lain,” tambahnya.

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil memberikan penjelasan bahawa bayaran RM60 sebulan adalah perlu bagi memastikan pengurusan serta penyelenggaraan fasiliti dapat dilakukan secara teratur.

Menurut pihak berkuasa tersebut, kemudahan parkir bertingkat itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta serta kesesakan di kawasan PPR.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tatu
2026-04-23 16:53:55

Wanita Berbangsa Cina Kongsi Pengalaman Bisnes, Ramai Muslim Datang Nak Buat Tatu - "Aku Nak Buat Jugak Tapi Tak Leh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...