(VIDEO) “Pegang Mat, Pasal Syaitan Tu!” – Hura Hara ‘Live’ Ceramah Ustaz Kazim, Peserta Wanita Tiba-Tiba ‘Meracau’?

Hiburan

(VIDEO) “Pegang Mat, Pasal Syaitan Tu!” – Hura Hara ‘Live’ Ceramah Ustaz Kazim, Peserta Wanita Tiba-Tiba ‘Meracau’?

Umum mengetahui mengenai pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang menghidapi satu penyakit sihir yang dikatakan dihantar oleh seseorang selama bertahun-tahun.

Walaupun masih lagi berada dalam keadaan kurang sihat dan mencari ‘ubat’ bagi menyembuhkan penyakitnya, Ustaz Kazim masih gigih membuat ceramah live keagamaan.

Advertisement

Namun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok memaparkan video live ceramah Ustaz Kazim menjadi huru hara apabila terjadi satu insiden yang tidak diduga.

Menerusi video tersebut, dapat didengari suara salah seorang peserta yang juga merupakan seorang wanita dilingkungan pertengahan umur yang secara tiba-tiba meracau dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Pegang mat, pegang.. sekejap ya, ada mak cik ‘tidak sihat’ dalam kelas kita.

Malah, Ustaz Kazim turut terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mengawal wanita itu yang mungkin bertindak agresif dan boleh mencederakan dirinya.

@hafizlatif90

Ya Allah lindungilah perjuangan ustaz @UstazKazimOfficial …hebatnya dugaan dan ujian…MasyaAllah

? original sound – Hafiz Latif – Hafiz Latif

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai beranggapan itu mungkin perbuatan aniaya yang dihantar kepada pendakwa itu dan mendoakan agar beliau sentiasa dilindungi daripada perkara itu.

Dia tak boleh hantar ke ustaz, dia hantar dekat orang yang lemah dalam majlis – netizen.

Sampai ke tempat ceramah orang tu send ye… kuat kan semangat ustaz Ya Allah.. amiin,” tulis seorang pengikut.

Orang hantar sihir fitnah untuk ustaz. Orang tu hantar sihir dekat makcik tu supaya jadikan huru-hara live ustaz,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duke
2 years ago

(VIDEO) "Jangan Timbulkan Tuduhan" - Tular Lukisan 'Tukang Sihir' Di TikTok, DUKE Minta Henti Sebarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...