Seorang wanita di Threads mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman misteri di rumahnya apabila lampu di siling plaster didapati rosak dan seperti ditolak dari atas.
Menerusi perkongsian oleh @sarahkamilla, dia pada awalnya cuba mengenal pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan lampu di siling rumahnya jatuh. Antara kemungkinan yang terlintas di fikirannya termasuk tangan, musang, tikus atau kucing.


Namun, persoalan itu tidak terjawab selama kira-kira seminggu sehingga membuatkan kejadian tersebut kelihatan pelik dan menyeramkan.
“Kejadian pelik dan seram malam ini, kalau musang pandang takda bau pandan, tikus? takkan la panjang tangan dia, kucing? dari mana?,” soal Sarah di Threads minggu lepas.
Akhirnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merungkai misteri sebenar di sebalik ‘entiti’ yang menolak lampu tersebut.
“Minggu ni jadi lagi. Siap nampak muka,” kata Sarah di Threads.
Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan, kelihatan seekor kucing sebenarnya berada dan bersembunyi di bahagian atas siling plaster rumahnya.

Dalam rakaman itu, kucing berkenaan dilihat menolak lampu menggunakan kaki depannya sebelum menjenguk keluar seolah-olah mahu melihat keadaan di bawah.
Lebih melucukan, bukan Sarah seorang sahaja yang pernah berdepan situasi sama. Seorang lagi pengguna Threads, @cikraima turut berkongsi pengalaman apabila rumahnya juga pernah ‘diceroboh’ kucing yang menyorok di siling plaster.
“Sis, rumah saya pun kena. Jelas muka pelaku. Nak kena report kat mana ya ni?” ujar cikraima.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur selepas mengetahui ‘gangguan’ tersebut rupanya berpunca daripada seekor kucing, bukan makhluk misteri seperti disangka.
Untuk makluman, haiwan seperti kucing, musang, kelawar, tikus, ular dan cicak memang boleh bersembunyi di bahagian atas bumbung atau siling rumah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
