Satu rakaman video yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu mencetuskan kontroversi apabila memaparkan sebuah objek menyerupai ‘tugu’ yang dicat seperti bendera Bangladesh di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa individu dipercayai warga asing berada di lokasi berkenaan. Lebih mencuri perhatian, seorang lelaki dilihat mengelap permukaan batu tersebut sebelum bertindak memberi tabik hormat.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kejadian itu, selain menggesa pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk segera mengambil tindakan.
Difahamkan, objek berkenaan telah dialihkan dari lokasi tersebut, namun setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan insiden itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
