Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Fie Tawfek memaklumkan dia tidak menerima butiran lanjut berkaitan prosiding komital yang difailkan bekas suaminya terhadap dirinya.
Dalam masa sama, ibu kepada Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin tampil menitipkan doa buat anak sulungnya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Mohon doakan anakanda sy @drfietawfek kuat dengan ujian ini. Ya ALLAH lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata.. aaaminn Robbi Yassir,” kongsinya di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Dr Zailah berharap anaknya terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.
Dr Fie yang juga seorang doktor gigi turut mengakui tindakan undang-undang berkenaan memberi kesan kepada rutin hariannya, termasuk dalam menguruskan anak-anak.
Untuk makluman, Dr Fie dan Nubhan bercerai talak dua selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Lafaz talak pertama berlaku pada 2017, manakala talak kedua dilafazkan pada Ogos 2025. Perceraian mereka kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
