Pemandu Van Usia 60 Tahun Langgar Pelajar Tahun 2 Hingga Maut Ditahan Polis

Berita

Pemandu Van Usia 60 Tahun Langgar Pelajar Tahun 2 Hingga Maut Ditahan Polis

Seorang pemandu van ditahan polis selepas terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa yang juga murid Tahun 2 sekolah berkenaan sedang berjalan kaki di hadapan pintu pagar utama.

Advertisement

op

“Siasatan awal mendapati sebuah van yang dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun itu baru sahaja selesai menghantar barang di dalam kawasan sekolah sebelum bergerak keluar menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong.

“Ketika melalui pintu pagar utama sekolah, kenderaan tersebut dipercayai melanggar mangsa yang berada di laluan hadapan pintu pagar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong.

Menurut Shahrulanuar, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah ditahan bagi membantu siasatan.

sjas

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dipercayai baru sahaja tamat sesi persekolahan dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama pelajar lain.

Menurut maklumat awal, van terbabit dikatakan melalui kawasan berkenaan sebelum berlaku pelanggaran yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosmaini
2026-05-06 10:06:19

Peguam Rosmaini Tarik Diri - "Saya Akur Bela Dia Sehingga Peringkat Terakhir Tetapi..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...