Netizen Sebak Tengok Kelat, Dara Dan Amoi Seakan Faham Ketika Dipanggil Pelancong Malaysia – “Sedihnya, Mesti Mereka Rindu Penjaga Asal”

Viral

Netizen Sebak Tengok Kelat, Dara Dan Amoi Seakan Faham Ketika Dipanggil Pelancong Malaysia – “Sedihnya, Mesti Mereka Rindu Penjaga Asal”

Tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan pelancong Malaysia dilihat memanggil nama tiga ekor gajah dari Zoo Taiping & Night Safari iaitu Dara, Amoi dan Kelat ketika melawat Zoo Tennoji.

Apa yang mencuri perhatian, gajah-gajah tersebut seolah-olah memberi respons apabila terus menoleh sebaik sahaja nama mereka dipanggil dalam loghat Malaysia, membuatkan ramai tersentuh dan terhibur melihat gelagat itu.

Advertisement

Namun sebelum ini, timbul kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai keadaan fizikal dan habitat haiwan tersebut yang didakwa kurang memuaskan di zoo berkenaan.

Menjawab isu itu, Sandrea Ng Shy Ching menjelaskan bahawa Dara, Amoi dan Kelat bukan dijual, sebaliknya masih kekal milik Zoo Taiping & Night Safari.

Menurut beliau, ketiga-tiga gajah itu ditempatkan di Jepun di bawah program ‘Sister Zoo’ bagi tujuan konservasi dan pemeliharaan spesies.

Tambahnya lagi, pihak zoo di Jepun diwajibkan menghantar laporan berkala serta dipantau rapi mengikut permit CITES bagi memastikan kebajikan haiwan tersebut sentiasa terjamin.

Perkongsian video berkenaan sekali gus membuka perbincangan dalam kalangan netizen mengenai hubungan emosi antara manusia dan haiwan, selain kepentingan pemantauan berterusan dalam program konservasi antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-27 16:09:24

(VIDEO) Siap Beri Tabik Hormat, Tugu Mirip Bendera Bangladesh Di Bukit Bintang Cetus Kontroversi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...