Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 1170
Written by Bella | September 10th, 2015

Tasha Shilla antara selebriti yang boleh tahan seksi bila berpakaian, baru-baru ini beliau sekali lagi dikecam oleh peminat apabila menggayakan sehelai gaun yang hampir menunjukkan kesemua bahagian perutnya dan dengan kain terbelah di bahagian peha.

Perkara itu juga mendapat perhatian seorang ustaz iaitu Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar selaku Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menurutnya,  selebriti harus mengikut pakaian yang telah ditetapkan didalam agam Islam, bermaksud yang menutup aurat dan tidak menimbulkan nafsu kepada mereka yang melihatnya.

Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.

Tambah Ustaz Asmawi,  persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk anak-anak seni haru memnberi peringatan kepada  mereka agar menampilkan imej yang baik dan menolak mana-mana artis yang terlampau seksi kerana khuatir masyarakat akan terpengaruh dengan gaya tersebut.

Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.

Apa yang dicadangkan oleh Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar itu ada betulnya, jika seseorang selebriti itu tampil dengan gaya ibarat tidak cukup kain mereka seharusnya didenda dan melakukan kerja sosial atas kesalahan mereka itu. Iyalah,  terus terang memang ramai remaja luar sana yang menjadikan artis idola mereka takkan lah sampai nak terpengaruh dengan sisi buruk mereka bukan?

Sumber Berita: Mynews Hub

 
Written by Bella | September 10th, 2015

Baru-baru ini, tersebar sebuah foto bayi kembar dengan ucapan tahniah kepada Erin Malek atas kelahiran bayi tersebut. Mendengar berita itu, ramai peminat yang mula megucapkan tahniah kepada Erin dan mendoakan agar bayi tersebut dan juga ibunya sihat.

Enggan peminatnya terus dibohongi, Erin dalam satu kenyataan kepada Berita Haian menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan foto bayi kembar yang tersebar itu bukan anaknya.

Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar.

Baru je semua peminat excited dengan kelahiran bayi kembar Erin Malek, tup-tup berita palsu rupanya.Itulah, jangan  mudah terpedaya dan kalau nak tahu kebenarannya rujuk sahaja Instagram artis tersebut ataupun blog kami, sudah tentu kami akan laporkan berita gembira tersebut jika tiba waktunya nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by AbangNara | September 10th, 2015

Pengantin baru memang biasanya over sedikit. Biasalah darah tengah panas. Hehehe. Terkejut juga Abang Nara apabila membaca mesej Abby Abadi yang ditulis kepada suaminya, Jai Ezzany. Tidak diketahui apa maksud sebenar, namun ayat ‘balik nanti kita shopping atas katil’ jelas berunsur lucah bagi Abang Nara. Ke diri ini je yang fikir macam itu? Korang pulak fikir apa bila dengar ayat macam ini?

abby abadi

Cuak juga bila Abang Nara baca ayat Abby Abadi ini. Iyerlah, selama ini kan Abby Abadi membawa imej muslimah sejati. Takkanlah sanggup menghantar mesej berunsur lucah sebegini dengan begitu terbukanya? Mungkin mereka memang shopping betul-betul atas katil. Mungkin balik nanti, Abby akan ajak suaminya, bukak laptop dan menyelusuri laman web beli belah online sambil kedua-duanya berbaring di atas katil. Siapa tahu kan?

abby abadi

Apa pula pendapat korang? Adakah ada di antara pembaca BeautifulNara yang sering melakukan aktiviti shopping (yang betul-betul shopping ye) di atas katil? Mungkin boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen. Mana tahu boleh dipraktikkan untuk menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Tak gitu?

Written by Bella | September 10th, 2015

Gara-gara memuat naik status tentang perhubungan di laman sosial, ramai yang sangka Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah putus cinta. Namun, mereka telah menafikan perkara tersebut dan hubungan mereka masih lagi utuh sehingga kini.

Walaubagaimanapun,Nelydia akui setiap hubungan akan ada pasang surutnya dan tidak pernah menyalahkan orang ramai yang mencetuskan spekulasi kerana sedar ia sebahagian hidup sebagai seorang artis.

Saya tidak menyalahkan orang ramai apabila mereka membuat spekulasi dan berfikir yang kami sudah putus. Saya faham kerana sebagai orang dikenali, semua orang hendak ambil tahu apa yang terjadi. Apabila saya memuat naik status yang janggal, orang mula membuat spekulasi dan pelbagai andaian.

Tidak saya nafikan dalam perhubungan ada pasang surutnya, bergaduh dengan kekasih adalah perkara biasa, tetapi tidaklah sampai putus hubungan.

Mengenai perancangan mereka untuk berkahwin, Nelydia mengakui telah melakukan perbincangan bersama Qi berhubung perkara tesebut. Walaubagaimanapun, mereka masih belummenetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan pernikahan.

Nelydia yang jauh lebih muda daripada Qi memberitahu masih banyak perkara yang beliau ingin lakukan dalam hidupnya.

Semua pasangan kekasih tentunya mahu berkahwin, begitu juga dengan kami. Saya dan Qi memang ada berbincang mengenai perkahwinan, namun belum sampai ke tahap menetapkan tarikh nikah dan bersanding. Saya masih muda dan banyak perkara yang perlu saya lakukan. Syukur Qi juga memahami dan tidak pernah memaksa untuk segera berkahwin.

Bila bercinta kalau tak gaduh tu memang tidak sah, tapi ia sebenarnya buat kita faham dengan lebih mendalam perangai sebenar pasangan kita tu. Soal kahwin pula, biarlah Nelydia betul-betul bersedia kerana beliau pun masih muda bukan? Tentu ada lagi impian beliau belum tercapai.

Sumber Berita: Harian Metro