“Perasan Nak Mampos Ambil Gambar Dia” – Individu Dakwa Ditengking Pelakon Popular Bernama ‘RR’ Di Kedai

Hiburan

“Perasan Nak Mampos Ambil Gambar Dia” – Individu Dakwa Ditengking Pelakon Popular Bernama ‘RR’ Di Kedai

Seorang individu meluahkan rasa berang dan kecewa selepas mendakwa dirinya ditengking seorang pelakon lelaki terkenal yang hanya dikenali sebagai ‘RR’ di sebuah premis perniagaan baru-baru ini.

Menurut individu tersebut, kejadian bermula apabila dia cuba menyapa pelakon berkenaan secara mesra ketika mereka berselisih di dalam sebuah kedai.

Advertisement

Pelakon itu yang ketika itu sedang menolak stroller anaknya dikatakan sempat membalas sapaan tersebut pada awalnya.

RR

Namun, suasana bertukar janggal apabila individu terbabit memuji kecomelan anak pelakon tersebut sambil memegang telefon bimbit.

“Saya cakap comelnya anak dia sambil pegang telefon hala ke depan, tapi tak rakam (record) apa-apa pun. Terus dia marah-marah cakap ‘tolong jangan record’.

“Ya Allah, dah lah tengking-tengking dalam kedai tu.”

Tambah individu itu, dia berasa sangat malu kerana insiden tersebut berlaku di hadapan rakan-rakannya serta kakitangan kedai sehingga suasana menjadi sunyi selepas teguran berkenaan.

“Sumpah terkejut saya dengan kawan-kawan dan penjual dalam kedai tu semua terdiam.

“Mana tidaknya, dia ingat dia bawa watak berlakon ke? Sepatutnya cakaplah ‘maaf ya jangan record anak saya’.

“Ni belum apa-apa dah sound orang macam itu.”

Mengulas lanjut, individu tersebut mendakwa pelakon berinisial ‘RR’ itu bersikap kasar terhadap peminat yang sekadar mahu beramah mesra dengannya.

s

“Dia tengking memang kuat gila! Dengan suara jantannya.

“Ketika itu saya terus tiada mood untuk membeli, nasib kawan je teruskan membeli. Dah rasa menyampah tengok dia dekat situ dengan bajet artisnya.”

Hantaran tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ada yang mula membuat spekulasi mengenai identiti sebenar pelakon lelaki berinisial ‘RR’ itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zul
2026-05-20 10:29:39

Isu Tayang Hisap Rokok Di Media Sosial, Zul Ariffin Tak Maafkan Netizen Yang Komen Melampau - "Tiba-Tiba Entah Mai Mana Ucap Tahniah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads