Isu Tayang Hisap Rokok Di Media Sosial, Zul Ariffin Tak Maafkan Netizen Yang Komen Melampau – “Tiba-Tiba Entah Mai Mana Ucap Tahniah”

Hiburan

Isu Tayang Hisap Rokok Di Media Sosial, Zul Ariffin Tak Maafkan Netizen Yang Komen Melampau – “Tiba-Tiba Entah Mai Mana Ucap Tahniah”

Pelakon Zul Ariffin mengakui tindakannya memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok di Threads merupakan satu tabiat buruk dan tidak wajar dijadikan contoh.

Memetik laporan media, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 40, menjelaskan dia tidak berniat untuk mempromosikan atau menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup tidak sihat itu.

Advertisement

f

“Perkara itu adalah tabiat buruk yang tidak digalakkan dan tidak dipromosikan oleh saya. Video itu cuma saya duduk ambil angin, minum kopi.”

Menurut Zul, isu tersebut menjadi tular selepas dia membalas komen seorang pengguna yang didakwa menegurnya secara sarkastik.

“Tiba-tiba datang entah dari mana ucap tahniah kepada saya. Tahniah itu sarkastik. Jadi bila kau mula dengan sarkastik, saya balas balik. Itulah yang keluar dan tular.”

Dalam masa sama, Zul mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pihak yang menegurnya secara baik sepanjang dia menggunakan media sosial.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya tentang perbuatan itu sepanjang saya menggunakan media sosial.

“Kepada semua yang tegur secara baik, saya minta maaf. Saya rasa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tidak ada sebut apa-apa, tapi tak apa, kita masukkan KKM sekali.”

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen melampau dan berbaur hinaan terhadapnya.

“Saya takkan minta maaf kepada penunggang agama atau kesihatan itu.

“Saya takkan minta maaf kepada semua orang yang komen buruk-buruk dan melampau dalam Threads. Saya kena tegas tentang benda macam ini.

“Kalau kau orang komen macam itu, itu menggambarkan akhlak kau orang, bukan akhlak saya.”

Zul turut memberi jaminan insiden sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

“Benda itu saya akui sebagai bad habit dan perkara itu takkan berlaku lagi. Tak payahlah huru-hara sangat.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wr
2026-05-19 17:28:14

"Dia Tiada, Itu Menyakitkan" - Datuk Yusry Abdul Halim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan