“Dia Tiada, Itu Menyakitkan” – Datuk Yusry Abdul Halim

Hiburan

“Dia Tiada, Itu Menyakitkan” – Datuk Yusry Abdul Halim

Datuk Yusry Abdul Halim mengakui ketiadaan isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Makkah sejak 7 Mei lalu, merupakan fasa yang agak berat buat dirinya.

Menurut Yusry, dia terasa kehilangan tempat untuk berkongsi cerita, sama ada ketika berdepan kesedihan mahupun ketika sedang menikmati kejayaan.

Advertisement

“Pada saya, ini antara fasa yang agak beratlah. Kadang-kadang bila kita sedih atau susah, kita nak orang tersayang untuk support kita.”

Tambah ahli kumpulan KRU itu, perasaan tersebut turut dirasai apabila wataknya dalam drama terbaharu menerima perhatian ramai, namun Lisa tiada di sisi untuk berkongsi kegembiraan itu.

“Tetapi apabila kita gembira pun, berada di atas, macam keberjayaan watak saya dalam drama terbaharu, tiada siapa untuk berkongsi rasa itu juga menyakitkan kerana Lisa tiada di sini.”

Yusry turut mengakui dia sentiasa memikirkan perasaan isterinya, lebih-lebih lagi apabila wataknya bersama Tracie menjadi tular.

“Watak saya viral dengan Tracie, saya pula jenis memikirkan perasaan pasangan. Walaupun Lisa tidak cakap apa-apa tentang itu, saya sentiasa bayangkan jika saya berada di tempatnya, apa agaknya dia rasa.”

Dalam masa sama, Yusry menjelaskan luahan rindu yang dikongsikannya baru-baru ini benar-benar menggambarkan perasaannya terhadap Lisa.

“Luahan rindu itu memang saya rindu dia. Pada masa sama, saya nak beritahu dia yang dia sentiasa berada di hati saya.”

Menurut Yusry, walaupun perkara itu sering diungkapkan melalui panggilan telefon, dia tetap mahu menunjukkan bahawa isterinya sentiasa berada dalam hatinya.

“Benda tu saya cakap selalu dalam telefon tapi benda tu kadang-kadang nak menunjukkan yang dia sentiasa ada dalam hati saya.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-19 15:17:12

Pernah Diasuh Ketika Kecil, Asyraf Khalid Dedah Sikap Bapa Aedy Ashraf Di Threads - "Saya Kenal Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak