Usahawan, Asyraf Khalid berkongsi kisah mengenai bapa kepada pelakon Aedy Asyraf selepas menonton podcast pelakon itu di media sosial baru-baru ini.
Asyraf yang juga anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata perkongsian Aedy tentang bapanya membuatkan dia terkenang semula sosok lelaki tersebut yang pernah hadir dalam kehidupannya sejak kecil.
Menurut Asyraf, bapa Aedy pernah menjaga dirinya dan abangnya, Adib ketika mereka masih kecil.

“Semalam saya tengok Aedy Ashraf bercerita dalam podcast tentang bapanya. Dan saya rasa something yang tak ramai orang akan faham, sebab saya kenal bapanya.
“Dalam podcast tu Aedy cerita tentang bapanya, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh dalam hidup, yang pernah dipenjarakan, yang masyarakat dah ‘write off’.”
Jelas Asyraf, bapanya ketika itu mempercayai lelaki berkenaan untuk menjaga anak-anaknya dan bapa Aedy melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sepenuh hati.
“Bapa Aedy pernah jaga saya dan abang saya Adib masa kami kecil. Ayah percayakan dia dengan anak-anaknya. Dan dia jaga kami dengan sepenuh hati.”
Dalam hantaran sama, Asyraf turut meluahkan rasa terharu melihat keperibadian bapa Aedy yang sentiasa bangga dengan kejayaan anak lelakinya.

Menurutnya, ada lelaki daripada generasi terdahulu yang mungkin tidak tahu cara untuk meluahkan rasa sayang atau bangga secara terus kepada anak mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
