“Aura Isteri Yang Berhormat..” – Penampilan Bertudung Bella Astillah Raih Pujian, Peminat Minta Terus Istiqamah

Hiburan

“Aura Isteri Yang Berhormat..” – Penampilan Bertudung Bella Astillah Raih Pujian, Peminat Minta Terus Istiqamah

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah kini diumumkan sebagai Duta Jenama pertama Hock Kee Kopitiam sempena pembukaan rasmi cawangan baharu jenama itu di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.

Kehadiran Bella pada majlis tersebut mencuri perhatian ramai, sekali gus menandakan langkah besar Hock Kee Kopitiam dalam memperluaskan jenamanya ke Pantai Timur.

Advertisement

Dalam satu hantaran di Instagram, Bella yang mengenakan busana berwarna merah jambu turut mengenakan hijab sekaligus membuatkan bakal isteri YB Syed Saddiq itu kelihatan menawan.

Difahamkan, hubungan Bella bersama Hock Kee Kopitiam bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, Bella pernah tampil sebagai ‘Friend of Hock Kee’ ketika pembukaan salah satu cawangan jenama tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji penampilan berhijab Bella dan berharap selebriti itu terus kekal istiqamah dalam mengenakan tudung dalam kehidupan seharian.

Bella, Masyaallah tabarakallah slow² tau jangan paksa tapi awak nampak cantik sangat bertudung aura isteri YB gituu..

Teruskan jalah bella pakai tudung sebab memang nampak cantik, comel memang nampakkk aura lain😍 pastu kemas pulakkk tuuu.

Dengan gabungan populariti Bella Astillah dan konsep makanan tempatan yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, pembukaan cawangan Hock Kee Kopitiam di Kota Bharu dilihat sebagai satu lagi langkah menarik buat jenama tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-18 12:13:16

Isteri Baharu Selamat Bersalin Selepas Tiga Bulan Nikah, Nama Anak Keempat Virgoun Curi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram