Penyanyi Indonesia, Virgoun dilaporkan baru sahaja menimang cahaya mata bersama isteri baharunya, Lindi Fitriyana pada hujung minggu lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang menjadi anak pertama buat Lindi, namun merupakan anak keempat bagi Virgoun.
Untuk rekod, Virgoun sebelum ini sudah mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinannya bersama bekas isteri, Inara Rusli.
Bagaimanapun, kelahiran bayi lelaki tersebut mencuri perhatian ramai susulan kontroversi Lindi yang selamat melahirkan anak hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Virgoun.
Selain isu tempoh perkahwinan mereka yang menjadi bualan, nama bayi lelaki itu turut menarik perhatian netizen.

Difahamkan, Virgoun menamakan anak keempatnya itu sebagai Perfexio Muthmain Virgoun.
Pemilihan nama Perfexio Muthmain kemudian membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai maksud di sebalik nama unik berkenaan.
Kakak kepada Virgoun, Febby tampil menjelaskan bahawa nama tersebut merujuk kepada perkataan perfection atau kesempurnaan.
Menurut Febby, nama itu juga membawa doa agar bayi berkenaan membesar menjadi seorang anak yang baik dan membanggakan keluarga.
“Nama itu kan doa. Semoga sesuai dengan harapan, anaknya jadi anak kebanggaan dan anak yang baik,” kata Febby seperti dilaporkan Kompas.
Terdahulu, hasil perkahwinan bersama Inara, Virgoun mempunyai tiga orang anak yang turut diberi nama unik iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-sya’ir Virgoun dan Terang Syarique.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
