Ronnie Liu Lawat Monumen Rukun Negara – “Saya Kembali Bermuhasabah”

Berita

Ronnie Liu Lawat Monumen Rukun Negara – “Saya Kembali Bermuhasabah”

Bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor hari ini bagi membaca semula serta menghayati makna Rukun Negara dengan lebih mendalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Ronnie berkata kunjungan itu membuatkan beliau sedar bahawa peninggalan pengasas negara bukan sekadar beberapa rangkap kata, sebaliknya satu kebijaksanaan negara yang lahir daripada pengalaman pahit masa lalu.

Advertisement

“Kelahiran Rukun Negara sendiri tercetus selepas insiden 13 Mei apabila negara berusaha mengelakkan konflik kaum, perpecahan masyarakat dan politik ekstrem daripada berulang kembali dengan membentuk satu semangat kebangsaan bersama.”

Menurut Ronnie, nilai sebenar Rukun Negara bukan hanya terletak pada lima prinsipnya, tetapi pada semangat untuk memastikan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya dapat hidup aman serta saling menghormati.

Baginda Sultan Selangor ‘Petik’ Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu – “Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila

“Nilai sebenar Rukun Negara bukan sekadar terletak pada lima prinsipnya, tetapi pada semangat yang dibawanya iaitu agar rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar budaya dapat terus hidup bersama secara aman, saling menghormati, serta bersama-sama membina masa depan negara.”

Tambahnya, lima prinsip Rukun Negara merangkumi hampir seluruh nilai asas yang diperlukan bagi menjamin kestabilan jangka panjang negara majmuk seperti Malaysia.

Ronnie turut berkata, pembacaan semula Rukun Negara membuatkan dirinya bermuhasabah sama ada masa depan negara mahu terus dibina atas kebencian, ekstremisme dan pertarungan politik tanpa penghujung, atau kembali kepada kematangan, rasionaliti, institusi, saling menghormati serta perpaduan.

Justeru, beliau menyeru semua ahli politik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang supaya kembali membaca dan menghayati Rukun Negara serta menilai semula sama ada strategi, ucapan dan tindakan politik masing-masing benar-benar menepati semangat Perlembagaan, menghormati kedaulatan undang-undang serta membantu memperkukuhkan perpaduan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-19 17:42:24

Baginda Sultan Selangor 'Petik' Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu - "Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook