Baginda Sultan Selangor ‘Petik’ Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu – “Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila

Berita

Baginda Sultan Selangor ‘Petik’ Nama DAP Wong Siew Ki & Ronnie Liu – “Hormatlah Rukun Negara Dan Jaga Adab Tatasusila

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor supaya melawat Dataran Selangor bagi membaca dan memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen Rukun Negara di lokasi tersebut.

Baginda bertitah, lawatan itu wajar dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi membolehkan wakil rakyat menghayati prinsip Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan rakyat.

Advertisement

Bagaimanapun, titah khas itu turut ditujukan secara khusus kepada ADUN Seri Kembangan daripada DAP, Wong Siew Ki serta bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

“Beta sarankan agar datanglah seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.”

Baginda tidak menyatakan secara jelas sebab saranan itu ditujukan kepada Wong dan Liu, namun ia dipercayai berkait dengan kontroversi isu penternakan babi di Selangor.

Sebelum ini, Wong ketika perbahasan titah diraja di Dewan Undangan Negeri Selangor dilaporkan menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan sistem penternakan babi moden.

sdf

Beliau turut menyatakan isu tersebut menyentuh hak kesaksamaan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Liu pula mempersoalkan mengapa pemimpin kanan DAP tidak menghadap Sultan Selangor, berunding dengan Menteri Besar atau membangkitkan perkara tersebut di peringkat persekutuan.

Menurut Liu, isu itu melangkaui politik kerana memberi kesan kepada penternak lama, rantaian bekalan, harga serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun dilihat oleh pihak tertentu sebagai tidak menghormati pendirian istana, susulan kebimbangan terhadap kesan alam sekitar dan faktor kesihatan berkaitan aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-19 09:39:06

(FOTO) T*kaman Leher Tembus Dari Kiri Ke Kanan, Faktor Cemburu Dan Cinta Tak Berbalas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram