(FOTO) T*kaman Leher Tembus Dari Kiri Ke Kanan, Faktor Cemburu Dan Cinta Tak Berbalas

Berita

(FOTO) T*kaman Leher Tembus Dari Kiri Ke Kanan, Faktor Cemburu Dan Cinta Tak Berbalas

Seorang ibu tunggal berdepan detik cemas apabila ditikam di bahagian leher dipercayai oleh kenalan lelakinya dalam kejadian di Titi Gajah, Kepala Batas, Kedah, baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa berusia 35 tahun dan suspek berusia 32 tahun bekerja dalam bidang hartanah serta sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Mereka dipercayai tiba bersama di pekarangan sebuah restoran beberapa minit sebelum insiden berlaku.

Advertisement
sSumber : Utusan Malaysia  

Mangsa dikatakan sempat membunyikan hon keretanya berulang kali sehingga menarik perhatian orang ramai sebelum petugas sebuah klinik berhampiran tampil memberikan bantuan awal akibat kecederaan parah pada leher.

Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, pihak polis percaya suspek menggunakan objek tajam seperti pemecah ais, pemutar skru atau pisau dalam serangan tersebut.

“Kita masih mengesan senjata atau objek yang digunakan suspek sehingga menembusi leher mangsa dari arah kiri ke kanan yang ketika itu berada di tempat duduk pemandu, sementara suspek di sebelahnya.”

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu serta hubungan cinta tidak berbalas.

“Setakat ini, kita percaya motif kejadian akibat cemburu atau perasaan tidak berbalas iaitu cinta bertepuk sebelah tangan, namun siasatan lanjut akan dilakukan.”

Tambahnya lagi, kedua-dua mereka dipercayai tidak keluar daripada kenderaan sebelum berlaku pertengkaran yang akhirnya bertukar menjadi serangan.

(VIDEO) Suspek T*kam Wanita Ditahan, Didakwa Pernah Ada Kes Sama Beberapa Tahun Lalu – “Dia Memang Suka T*kam Orang”

Dalam masa sama, Adzli memaklumkan suspek pernah ditahan sebelum ini membabitkan kes hampir sama, namun kes tersebut tidak diteruskan selepas pengadu ketika itu tidak mahu membuat tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek negatif daripada pengambilan sebarang bahan terlarang. Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya diberkas dalam tempoh empat jam pada jarak lebih enam kilometer dari lokasi kejadian.”

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Mangsa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

v
2026-05-18 10:46:39

(VIDEO) Suspek T*kam Wanita Ditahan, Didakwa Pernah Ada Kes Sama Beberapa Tahun Lalu - "Dia Memang Suka T*kam Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.