(VIDEO) Suspek T*kam Wanita Ditahan, Didakwa Pernah Ada Kes Sama Beberapa Tahun Lalu – “Dia Memang Suka T*kam Orang”

Viral

(VIDEO) Suspek T*kam Wanita Ditahan, Didakwa Pernah Ada Kes Sama Beberapa Tahun Lalu – “Dia Memang Suka T*kam Orang”

Lelaki berusia 32 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menikam leher seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, kini direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di lokap Mahkamah Alor Setar bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Advertisement

d

Video di sini.

Difahamkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Terdahulu, suspek tiba di lokap mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis. Dia dilihat memakai baju lokap berwarna oren dan diiringi anggota polis.

tikam

Suspek direman sehingga 24 Mei ini bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum ini, tular dakwaan di media sosial mengatakan suspek sempat membuat hantaran di Facebook kononnya sudah membuka fail peguam kerana mendakwa dirinya dianiaya.

Namun, pelariannya dipercayai berakhir selepas dia diberkas polis awal pagi tadi, dipercayai ketika bersembunyi di sebuah masjid di Taman Uda.

faSumber : Sumber : Harian Metro  

Dalam kejadian kira-kira jam 9.19 malam itu, mangsa wanita berusia 35 tahun dilaporkan cedera parah selepas ditikam di bahagian kanan leher oleh suspek yang dikenalinya sendiri.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam sebuah kereta Mazda 3 yang berada di hadapan restoran berkenaan sebelum mangsa mendapatkan bantuan.

Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Selan itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

a
2026-05-17 10:55:05

"Boikot Je Lah!" - Tak Pasal Kena 'Viral', Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads