“Boikot Je Lah!” – Tak Pasal Kena ‘Viral’, Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

Viral

“Boikot Je Lah!” – Tak Pasal Kena ‘Viral’, Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

Percutian ke luar negara sepatutnya menjadi pengalaman manis, namun lain pula yang berlaku kepada sekumpulan pelancong Malaysia apabila mereka berdepan detik mencemaskan selepas dituduh tidak membayar bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, Indonesia.

Kisah itu dikongsikan seorang warga Malaysia selepas wajah rombongan mereka didakwa ditularkan pihak restoran di media sosial atas dakwaan beredar tanpa menjelaskan bayaran.

Advertisement

Difahamkan, kejadian bermula pada 13 Mei lalu apabila enam rakyat Malaysia tiba di Jakarta melalui penerbangan awal pagi. Dalam keadaan penat selepas perjalanan, mereka mengambil keputusan untuk singgah makan di restoran Pagi Sore yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia.

w

Ketika itu, mereka memesan kira-kira sembilan jenis lauk dengan jumlah keseluruhan bil sebanyak Rp907,500. Selepas membuat bayaran, kumpulan tersebut meneruskan perjalanan menaiki kereta api laju Whoosh menuju ke Bandung seperti yang dirancang.

Namun, keadaan berubah apabila mereka kembali ke Jakarta pada 16 Mei. Ketika mahu mendaftar keluar dari hotel, pemandu pelancong mereka memaklumkan satu berita mengejutkan apabila pihak restoran didakwa menularkan wajah mereka dan menuduh kumpulan tersebut tidak membayar bil.

Apa yang lebih menghairankan, dakwaan itu hanya timbul tiga hari selepas mereka makan di restoran berkenaan.

Menurut individu terbabit, mereka memang ada bergurau sesama sendiri di meja makan kononnya mahu ‘lari’ bagi mengenakan seorang rakan supaya membayar bil. Namun, hakikatnya bayaran makanan tersebut sudah pun dilunaskan.

Situasi menjadi panik apabila masing-masing mula mencari resit pembayaran kerana tidak pasti siapa yang menyimpannya. Sebagai bukti awal, mereka kemudian mengambil tangkap layar transaksi pemotongan kad bank dan menyerahkannya kepada ejen pelancongan.

res

“Bayangkan kalau kami bayar secara tunai dan resit pula hilang, memang tiada bukti langsung,” luah individu tersebut, mengenangkan nasib mereka sekiranya tiada sebarang bukti pembayaran.

Nasib mereka baik apabila ejen pelancongan, Mas Bima dari Purnama Trans Wisata Bandung, segera membantu menyelesaikan salah faham tersebut dan membersihkan nama mereka daripada terus ditularkan.

Selepas bukti kukuh dikemukakan, pihak pengurusan restoran akhirnya mengakui berlaku salah komunikasi di pihak mereka.

Bagi menjaga nama baik pelancong Malaysia serta agensi pelancongan, selain mengelakkan sebarang masalah ketika urusan imigresen untuk pulang ke tanah air, ejen pelancongan mereka turut menuntut permohonan maaf rasmi daripada pihak restoran.

Akhirnya, pihak restoran tampil membuat video dan mesej bertulis permohonan maaf sebelum kes itu dianggap selesai.

sfs

Walaupun masih tertanya-tanya mengapa mereka menjadi sasaran tuduhan tersebut, mangsa memilih untuk tidak memanjangkan perkara itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-13 14:58:34

"Polis, Nak?" - Tayang Bahan Terlarang Ketika 'Live', Dua Wanita Dikecam Siap Cabar Pihak Berkuasa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads