Dua wanita menjadi sasaran kecaman netizen selepas tular sebuah video memaparkan tindakan mereka menunjukkan satu barang dipercayai bahan terlarang ketika melakukan penstriman langsung baru-baru ini.
Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, kedua-dua wanita itu dilihat ketawa sambil memegang satu peket plastik kecil mengandungi bahan putih yang didakwa netizen sebagai dadah.
Lebih mengundang kemarahan, salah seorang daripada mereka turut berseloroh seakan-akan mencabar pihak berkuasa dengan mengajak “polis” mencuba bahan tersebut sambil mendekatkan bungkusan itu ke arah kamera.
Tindakan itu dianggap melampau kerana dilihat seolah-olah memandang ringan undang-undang selain memberi contoh tidak baik kepada penonton, terutama golongan muda.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang menggesa pihak Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan segera serta mengesan lokasi kedua-dua individu terbabit sebelum aksi negatif seperti itu mempengaruhi orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
