Perkongsian sebuah video memaparkan usahawan dan selebriti media sosial, Noor Nabila ketika berada di Bali baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok milik seorang pemandu pelancong di Bali yang menyambut ketibaan Noor Nabila bersama seorang lelaki dipercayai pasangannya.
Namun, apa yang membuatkan ramai mula tertanya-tanya adalah kapsyen yang ditulis pemilik akaun berkenaan apabila merujuk kedatangan Noor Nabila bersama ‘suami’ dari Malaysia.
Perkataan itu sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, malah ada yang mula membuat spekulasi bahawa Noor Nabila mungkin sudah mendirikan rumah tangga secara senyap.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pasangan itu sebenarnya sudah lama bernikah, namun memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut kepada umum.
Netizen dakwa sudah lama bernikah?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan perkongsian tersebut, namun dalam masa sama tetap menitipkan ucapan tahniah sekiranya dakwaan itu benar.
Bagaimanapun, sehingga kini Noor Nabila masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan dan spekulasi yang sedang tular itu.
Terdahulu, kehidupan peribadi Noor Nabila sememangnya sering menjadi perhatian ramai, terutama melibatkan soal hubungan dan pasangan hidupnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
