Netizen Indonesia Yakin Boikot Rakyat Malaysia Tak Beri Kesan – “Pagi Sore Tak Akan Bankrap”

Viral

Netizen Indonesia Yakin Boikot Rakyat Malaysia Tak Beri Kesan – “Pagi Sore Tak Akan Bankrap”

Isu #BoikotPagiSore nampaknya semakin hangat diperkatakan, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian netizen Indonesia sendiri.

Kontroversi itu tercetus selepas restoran popular di Jakarta, Pagi Sore, didakwa membuat tuduhan melulu terhadap seorang pelanggan Malaysia sebelum akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Advertisement

Namun, selepas isu tersebut tular, ada netizen Indonesia yang mempertahankan restoran berkenaan dengan mendakwa Pagi Sore tidak akan terjejas teruk walaupun diboikot rakyat Malaysia.

d

Menurut mereka, restoran itu sudah lama bertapak sejak tahun 1973 dan majoriti pelanggannya terdiri daripada rakyat tempatan, manakala pelancong Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja.

Bagaimanapun, ada juga rakyat Indonesia yang mengakui boikot daripada rakyat Malaysia tidak boleh dipandang ringan. Malah, ada yang pernah datang ke Malaysia dan melihat sendiri bagaimana sesebuah perniagaan boleh terkesan apabila rakyat Malaysia sepakat memboikot.

“Jangan cabar prinsip rakyat Malaysia. Sekali mereka boikot, mereka pasti takkan datang lagi.”

Di media sosial, beberapa perkongsian daripada pemandu pelancong di Indonesia turut menjadi perhatian apabila ada antara mereka mendakwa sudah menerima mesej daripada rakyat Malaysia yang tidak mahu lagi singgah makan di restoran tersebut.

“Kami Tak Sengaja” – Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Harga RM203

Malah, ada juga yang meminta nama restoran itu terus dibuang daripada itinerari pelancongan mereka, sekali gus menunjukkan kesan isu tersebut bukan sekadar berlaku di ruangan komen.

Dalam masa sama, sebahagian netizen Indonesia yang lebih rasional berpendapat restoran tersebut mungkin tidak akan bankrap serta-merta, namun imej dan reputasinya tetap boleh terjejas secara perlahan-lahan.

Situasi itu terutama sekali boleh dirasai sekiranya cawangan yang sebelum ini sering dikunjungi pelancong Malaysia mula kehilangan pelanggan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kj
2026-05-18 11:37:28

"Kami Tak Sengaja" - Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Harga RM203

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads