“Kami Tak Sengaja” – Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Harga RM203

Viral

“Kami Tak Sengaja” – Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Harga RM203

Restoran terkenal di Indonesia, Pagi Sore akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas sekumpulan pelancong dari Malaysia didakwa tidak membayar bil makanan ketika berkunjung ke restoran tersebut.

Isu itu mula menjadi perhatian selepas salah seorang pelancong terbabit berkongsi pengalaman mereka yang dituduh beredar tanpa membuat bayaran, sedangkan bayaran makanan itu didakwa sudah pun dijelaskan.

Advertisement

Menurut individu berkenaan, selepas semua bukti pembayaran diberikan, barulah pihak pengurusan restoran mengakui berlaku salah komunikasi berhubung perkara tersebut.

gdf

Susulan itu, pihak restoran kemudian tampil mengeluarkan surat klarifikasi yang ditujukan kepada pihak travel dan pemandu pelancong bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

“Kami dari Restoran Pagi Sore menyampaikan permohonan maaf atas kesalahpahaman yang terjadi terkait pembayaran tamu travel yang makan di restoran kami.”

“Kejadian tersebut terjadi karena miskomunikasi dan bukan merupakan unsur kesengajaan dari pihak mana pun. Kami berharap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik serta komunikasi kita berjalan baik,” tulis pihak restoran dalam kenyataan tersebut.

Dalam surat sama, Restoran Pagi Sore turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan menyifatkan perkara itu sebagai satu kesalahfahaman.

“Boikot Je Lah!” – Tak Pasal Kena ‘Viral’, Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

Insiden tersebut turut menjadi peringatan kepada orang ramai, khususnya pelancong yang bercuti ke luar negara, supaya sentiasa menyimpan resit atau bukti pembayaran bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Walaupun isu berkenaan sudah dianggap selesai, pelancong terbabit masih tertanya-tanya bagaimana kumpulan mereka boleh menjadi sasaran tuduhan selepas tiga hari kejadian berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

a
2026-05-17 10:55:05

"Boikot Je Lah!" - Tak Pasal Kena 'Viral', Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads