Jefri Nichol Dikecam Ramai Tak Layak Tunai Umrah, Rakan Selebriti Tampil Pertahan Rakan – “Orang Berdosa Tak Boleh Tunai Umrah?”

Hiburan

Jefri Nichol Dikecam Ramai Tak Layak Tunai Umrah, Rakan Selebriti Tampil Pertahan Rakan – “Orang Berdosa Tak Boleh Tunai Umrah?”

Jefri Nichol Dikecam Tak Layak Tunai Umrah, Abidzar Tampil Pertahan Rakan

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi sasaran kritikan netizen selepas wajahnya muncul pada poster promosi perjalanan umrah yang dikongsikan oleh pelakon Abidzar Al-Ghifari.

Advertisement

Menerusi Instagram, Abidzar mempromosikan pakej umrah akhir tahun yang bakal disertainya bersama dua rakan selebriti lain iaitu Jefri Nichol dan Bryan Domani.

Bagaimanapun, kemunculan Jefri pada poster tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen Indonesia apabila ada yang mempertikaikan kelayakannya untuk menunaikan umrah kerana imejnya yang dianggap sebagai “pendosa”.

Komen berkenaan kemudian membuatkan Abidzar tampil mempertahankan rakannya dengan respons yang tegas.

“Jadi bagaimana? Jika dia berkata begitu, dia tidak boleh menunaikan Umrah? Tidak ada peluang bagi orang berdosa untuk menunaikan Umrah?”

Abidzar turut menegaskan bahawa setiap individu, termasuk mereka yang pernah melakukan kesilapan, tetap berhak untuk mendekatkan diri dengan agama.

jefri nichol tunai umrah

Malah, Abidzar berkongsi bahawa arwah bapanya, Ustaz Jefri Al Buchori juga pernah melalui fasa gelap dalam hidup sebelum akhirnya berubah dan dikenali sebagai pendakwah.

“Saya betul-betul minta maaf jika terpaksa balas komen orang itu. Saya tak suka rakan-rakan yang mahu beribadah dihakimi secara tidak wajar. Jika saya tersalah kata, maafkan saya.”

Dalam masa sama, Abidzar menjelaskan pelawaannya kepada Jefri untuk menyertai perjalanan umrah itu adalah sebagai salah satu bentuk keprihatinan terhadap rakannya.

Katanya, dia berharap peluang tersebut dapat menjadi ruang untuk Jefri mendekatkan diri kepada Tuhan dan berubah menjadi insan yang lebih baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zul
2026-05-20 10:29:39

Isu Tayang Hisap Rokok Di Media Sosial, Zul Ariffin Tak Maafkan Netizen Yang Komen Melampau - "Tiba-Tiba Entah Mai Mana Ucap Tahniah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai