“Macam Perpustakaan Bergerak” – Pak Cik ‘Penulis Borang’ Caj RM5-RM10 Di KDN Undang Perhatian Ramai

Kehidupan

“Macam Perpustakaan Bergerak” – Pak Cik ‘Penulis Borang’ Caj RM5-RM10 Di KDN Undang Perhatian Ramai

Seorang warga emas yang menawarkan khidmat sebagai penulis borang di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta mencuri perhatian ramai selepas kisahnya tular di Threads.

Difahamkan, pak cik tersebut membantu orang ramai mengisi borang rasmi dengan bayaran serendah RM5 hingga RM10, bergantung kepada jenis borang yang perlu disediakan.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang tular, beliau dilihat duduk di sebuah meja kecil bersama beberapa borang di hadapannya, manakala pada alat bantu berjalan miliknya tergantung papan tanda bertulis “Filling Forms | Penulis Borang”.

penulis borang

Walaupun kerjanya kelihatan ringkas, penampilan pak cik itu turut mendapat pujian ramai apabila tampil kemas lengkap berkasut berkilat.

Apa yang lebih menarik, beliau bukan sekadar membantu menulis borang, malah digelar warganet sebagai “perpustakaan bergerak” kerana dikatakan arif tentang prosedur kerajaan, hal ehwal perundangan serta dokumen yang diperlukan untuk pelbagai urusan.

Khidmat tersebut bukan sahaja membantu warga tempatan, malah turut memudahkan warga asing yang sering keliru ketika berurusan dengan borang kerajaan.

penulis borang

Seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman apabila pernah dibantu pak cik berkenaan untuk mengisi borang pendaftaran sijil kelahiran anak-anaknya.

Menurut pengguna itu, pak cik tersebut sebelum ini pernah ditempatkan di dalam pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun kemudiannya diminta memindahkan mejanya ke luar pejabat.

Malah, beliau juga dikatakan pernah hilang seketika daripada pandangan umum selepas dimasukkan ke hospital.

Biarpun begitu, semangatnya untuk terus bekerja dan mencari pendapatan sendiri menyentuh hati ramai, sekali gus membuktikan warga emas juga masih mampu menyumbang kepada masyarakat.

Bagi mereka yang pernah mendapatkan bantuannya, pak cik itu bukan sekadar penulis borang, tetapi individu yang menjadikan urusan rasmi yang biasanya rumit terasa lebih mudah, tenang dan teratur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jhhj
2026-05-19 14:04:38

"Memilih, Suka Demand" - Mohon Kerusi Elektrik Harga RM8,000, Aktivis Dedah Sikap Sesetengah Asnaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Weird Kaya