Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’

Berita

Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’

Seorang pegawai kanan polis dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa merupakan seorang pegawai kanan lelaki yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, memetik Harian Metro.

Advertisement

jsj

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.07 pagi tadi.”

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

pdrm

“Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.”

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat andaian berhubung kejadian tersebut sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-20 14:16:02

Bapa Zayn Rayyan Peroleh Hak Penjagaan Anak Kedua Tanpa Syarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.