Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa hala tuju politik yang bakal diumumkannya pada Ahad ini mungkin mencetuskan pelbagai spekulasi politik.
Bagaimanapun, bekas Menteri Ekonomi itu masih enggan memperincikan perkara tersebut buat masa ini.
Menurut Rafizi, pengumuman yang akan dibuat bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sekadar pengumuman biasa.
“Pengumuman itu dijangka mempunyai makna lebih besar. Kalau setakat pengumuman biasa, saya boleh buat di TikTok saja. Pengumuman ini luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas selesai memberi keterangan secara sukarela di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, seperti petikan Kosmo Online.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
