Tindakan berani sebuah keluarga menahan kenderaan Sultan Pahang demi meluahkan masalah rumah mereka yang sudah 13 tahun tidak mempunyai bekalan elektrik mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi video tular di TikTok, keluarga berkenaan dilihat mengambil peluang bertemu Sultan Pahang bagi menyuarakan kesukaran yang mereka hadapi selepas pelbagai permohonan sebelum ini didakwa tidak mendapat tindakan.
Menurut individu tersebut, mereka sudah lama memohon bekalan elektrik disalurkan ke rumah mereka, namun masih belum menerima penyelesaian.
Bagaimanapun, perkara itu dikatakan mendapat perhatian serius daripada Sultan Pahang sebaik sahaja aduan tersebut disampaikan.

Difahamkan, permintaan keluarga itu akhirnya diluluskan pada hari yang sama selepas campur tangan baginda.
Lebih menyentuh hati, video berkenaan turut memaparkan reaksi keluarga tersebut yang dilihat sangat sebak dan teruja apabila dimaklumkan rumah mereka bakal menerima bekalan elektrik selepas sekian lama menunggu.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji keprihatinan Sultan Pahang serta keberanian keluarga tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
