Aktivis Global Sumud Flotilla, Haroqs menerima kritikan netizen selepas memuat naik tindakan mencampakkan coklat ke tengah laut dengan harapan ia sampai kepada kanak-kanak di wilayah Gaza, Palestin.
Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang ramai yang berpendapat perbuatan tersebut boleh mencemarkan laut serta membahayakan hidupan marin.
Menurut netizen, meskipun niatnya dianggap baik, cara itu tetap tidak sesuai kerana bungkusan plastik berisiko disangka makanan oleh penyu, ikan atau burung.
“Faham niat tapi takpe ke macam ni? Macam mana dengan penyu or ikan yang ingat tu makanan & tercekik?”
Seorang lagi netizen turut menegur bahawa perbuatan itu boleh dianggap sebagai membuang sampah ke laut.

“This is so wrong.. Kalau nak buat baik pun, use common sense. This is considered littering.. it’ll ended up harming the marine life. Tu semua plastic, most of the time tak ikan, burung yang makan.”
Susulan menerima kecaman, individu dikenali sebagai Haroqs tampil memohon maaf sekiranya tindakannya mencampakkan coklat ke laut dianggap tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut.

“Maaf andai perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut adalah tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut. Saya sedar saya manusia yang kurang cerdik saya cuma tiada pilihan lain untuk sampai coklat ke anak anak G.”
Dalam masa sama, dia menjelaskan tindakannya dibuat atas niat mahu menyampaikan coklat tersebut kepada kanak-kanak di G.
“Saya hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G. Keep going Allah with us ❤️✌🏻”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
