Lukisan Pernah Dikritik Seakan Jelmaan ‘Real’ Hantu, Pelukis Ini Jadikan Karya Surealisme Sebagai Luahan Jiwa

Kehidupan

Lukisan Pernah Dikritik Seakan Jelmaan ‘Real’ Hantu, Pelukis Ini Jadikan Karya Surealisme Sebagai Luahan Jiwa

Seni hadir dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada cara seseorang melihat keindahan. Ada yang memilih pemandangan alam, ada yang selesa dengan abstrak, namun bagi Aiman Zamri, 30, karya berunsur mistik dan surealisme menjadi ruang untuk meluahkan sesuatu yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Berasal dari Klang, Selangor dan berkelulusan Diploma Seni Halus, Aiman berkata minatnya terhadap gaya suram dan penuh simbolik mula berkembang sejak zaman pengajian, apabila dia banyak bereksperimen dengan medium seperti cat minyak dan arang.

Advertisement

d

j

“Saya juga banyak mencuba menghasilkan gambaran potret manusia yang saya olah sendiri, di mana saya mengubah potret tersebut menjadi karya abstrak.”

Menurut Aiman, dorongan utama menghasilkan karya sebegitu hadir daripada kepuasan dalaman yang sukar dijelaskan.

“Ia seolah-olah saya dapat meluahkan isi hati yang tersirat yang saya sendiri tidak tahu pernah wujud sebelum ini,” katanya kepada SK.

Baginya, setiap lukisan membawa emosi berbeza. Jika melukis potret atau pemandangan atas permintaan pelanggan, perasaannya lebih santai. Namun apabila menghasilkan karya peribadi yang gelap dan mistik, emosinya lebih bercampur-baur.

j

“Jika lukisan tersebut merupakan karya daripada gaya peribadi saya sendiri, seperti lukisan berunsur mistik dan ‘dark’, emosi saya biasanya bercampur-baur. Adakalanya saya berasa gembira, gundah, marah dan kadangkala juga seperti kebas,” ujarnya.

Dalam proses berkarya, Aiman lebih selesa melukis dalam suasana sunyi, terutama pada waktu malam kerana ketenangan itu membantunya menghasilkan karya dengan lebih jujur.

“Bagi saya, melukis dalam suasana yang tenang membantu saya untuk lebih jujur dalam berkarya. Ini kerana proses melukis memerlukan ketelitian serta imaginasi yang mendalam,” katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan karyanya lahir daripada gabungan pengalaman hidup, mimpi, realiti dan imaginasi.

k

“Setiap karya saya merupakan gabungan daripada pengalaman peribadi, termasuk mimpi, realiti dan imaginasi.”

“Bagi saya, apabila ketiga-tiga elemen ini digabungkan, ia mampu memberikan impak emosi yang mendalam kepada sesiapa yang melihat karya saya,” jelasnya.

Walaupun karya potret dan pemandangan lebih mendapat permintaan kerana nilai sentimental, karya seram dan surealisme Aiman tetap mempunyai peminat tersendiri.

Antara pencapaian paling membanggakan, Aiman pernah menjual sebuah lukisan potret keluarga bersaiz tujuh kaki pada harga RM15,000. Karya itu mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan kerana memerlukan ketelitian tinggi dan teknik lapisan warna yang rapi.

Artikel ini dipetik dan diolah tanpa mengubah maksud asal dari Siakap Keli.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-15 11:15:46

Beri Cikgu Kuih Ros Patah, Pelajar Menyorok Belakang Tiang Kerana Malu - "Bergenang Air Mata, Hadiah Ini Yang Paling Saya Ingat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Siakap Keli