Sekolah Buat Kutipan RM 70 Untuk Baiki Fasiliti Kelas Rosak, Ibu Bapa Buat Laporan SISPAA

Viral

Sekolah Buat Kutipan RM 70 Untuk Baiki Fasiliti Kelas Rosak, Ibu Bapa Buat Laporan SISPAA

Isu kutipan Bacathon RM70 yang tular di media sosial baru-baru ini terus menjadi perhatian apabila seorang guru dikenali sebagai Cikgu Tiha tampil meluahkan rasa kecewa terhadap kecaman yang diterima pihak sekolah susulan aduan dibuat menerusi SISPAA.

Menurut perkongsiannya, beliau ketika itu sedang berada di Hospital Miri untuk menjalani prosedur endoskopi sebelum dimaklumkan sekolahnya kini berdepan aduan rasmi berkaitan isu tersebut.

Advertisement

sispaa

“Seawal pagi pentadbir WhatsApp… cikgu, sekolah kita kena SISPAA.”

Cikgu Tiha mendakwa pihak sekolah sebenarnya mempunyai hak untuk mengambil tindakan saman malu terhadap dua ibu bapa yang didakwa menjadi punca nama sekolah, pentadbir dan Yang Dipertua PIBG dihujani kecaman netizen di media sosial.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat ibu bapa yang memilih untuk menularkan isu berkenaan tanpa hadir ke sekolah bagi mendapatkan penjelasan mengenai kewangan PIBG serta tujuan sebenar kutipan dana dilakukan.

Menurutnya, sekiranya ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG, mereka akan mengetahui setiap perbelanjaan dibentangkan secara telus termasuk keadaan kewangan sekolah yang pernah berada dalam situasi kritikal sehingga PIBG terpaksa berhutang dengan salah seorang pentadbir kerana kekurangan dana.

jjj

Sekadar Gambar Hiasan

 

Cikgu Tiha menjelaskan kutipan Bacathon itu sebenarnya bertujuan membaik pulih enam bilik peperiksaan SPM termasuk pemasangan audio dan soft speaker baharu selepas calon SPM sebelum ini mengadu sistem audio sedia ada tidak jelas ketika ujian mendengar dijalankan.

Selain itu, dana tersebut juga dirancang untuk digunakan bagi menampung kos membaiki Dewan Wacana termasuk kerja pendawaian semula yang menelan belanja puluhan ribu ringgit, selain penggantian tingkap serta kemudahan lain yang sering digunakan pelajar untuk program sekolah seperti bengkel kecemerlangan dan ceramah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TNB
2026-05-21 10:51:33

Sultan Pahang 'Viral' Baru Kerja Jalan, TNB Dedah Kenapa Isu Elektrik 'Delay' 13 Tahun - "Mereka Duduk Tanah Milik..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook