“Muka, Mata Macam Ada Sakit Teruk..” – Prince Syed Nafi Isteri Berdepan Masalah Kesihatan Kronik

Kehidupan

“Muka, Mata Macam Ada Sakit Teruk..” – Prince Syed Nafi Isteri Berdepan Masalah Kesihatan Kronik

Usahawan kontroversi, Prince Syed Shahid tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa isterinya, Fatin Syazwani, sedang berdepan masalah kesihatan.

Dakwaan itu timbul selepas tular sebuah video di TikTok memaparkan Fatin berjalan agak perlahan sambil memegang kaki ketika menuruni eskalator.

Advertisement

Bagaimanapun, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menjelaskan keadaan itu bukan disebabkan masalah kesihatan serius, sebaliknya isterinya hanya keletihan kerana terpaksa menggunakan eskalator yang tidak berfungsi.

“Ingatkan betullah sayang sakit ya… Oh, sakit kaki sebab eskalator tu tak hidup? Eskalator tu tak hidup, tu yang sakit.”

Walaupun penjelasan itu diberikan, video berkenaan tetap mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Dah Macam Siti Nurhaliza” – Perubahan Tubuh Badan Isteri Prince Syed, Fatin Jadi Tumpuan Ramai

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendakwa wajah Fatin kelihatan lesu, pucat dan tidak bermaya sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatannya.

Malah, ada juga yang menasihati agar Fatin segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

prince syed fatin
2026-05-19 10:18:46

"Dah Macam Siti Nurhaliza" - Perubahan Tubuh Badan Isteri Prince Syed, Fatin Jadi Tumpuan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok