VVIP Ajak ‘Check In’, Pelakon Lelaki Suka Meraba, Zara Zya Dedah Sisi Gelap Industri Hiburan – “Dia Suruh Saya Buka Baju”

Hiburan

VVIP Ajak ‘Check In’, Pelakon Lelaki Suka Meraba, Zara Zya Dedah Sisi Gelap Industri Hiburan – “Dia Suruh Saya Buka Baju”

Pelakon Zara Zya mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman menakutkan apabila hampir menjadi mangsa gangguan seksual pada awal kemunculannya dalam industri seni.

Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, berkata kejadian itu berlaku apabila seorang individu kononnya mahu berbincang mengenai tawaran kerja dan skrip yang sudah disediakan.

Advertisement

“Mula-mula kata nak bincang fasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang.

“Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya terus cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali semula.

“Selepas itu, dia cuba cari saya tetapi saya terus sekat nombor dia.”

Lebih mengejutkan, Zara turut berkongsi satu lagi pengalaman apabila mendakwa dirinya pernah diperdaya menghadiri satu pertemuan yang disangka sekadar makan-makan biasa, namun rupa-rupanya diatur untuk golongan kenamaan.

Menurut Zara, situasi tersebut lebih mengecewakan kerana ia didakwa melibatkan seorang rakan artis yang dikenalinya.

“Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki VIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

“Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Dia ingat saya macam dia. Lama juga saya cuba lepaskan diri, situasi itu memang menakutkan.”

Dalam temu bual bersama Nona TV3, Zara turut mendakwa pernah diganggu secara fizikal oleh beberapa individu dalam industri, namun memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

“Ada juga tawaran diri untuk membela tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu. Walaupun jatuh bangun dalam industri, saya tetap pilih cara yang baik.

“Ada artis yang tahap menggatal dan cuba meraba, cuba nak makan saya tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau terus mengelak.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah
2026-05-19 12:18:29

"Aura Isteri Yang Berhormat.." - Penampilan Bertudung Bella Astillah Raih Pujian, Peminat Minta Terus Istiqamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NONA