Norreen Iman Dan Suami, Razzi Razak Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan

Norreen Iman Dan Suami, Razzi Razak Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman dilaporkan sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd Raizi Abd Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi Instagram Melodi Terhangat yang memaparkan pasangan berkenaan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan proses perceraian mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa simpati terhadap pasangan itu selain mendoakan agar Norreen dan bekas suami terus kuat meneruskan kehidupan demi anak-anak mereka.

Malah, ramai juga berharap hubungan antara Norreen dan Raizi kekal baik serta harmoni meskipun mereka kini tidak lagi bergelar suami isteri.

Terdahulu, pasangan tersebut pernah hadir ke mahkamah bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai. Namun ketika ditemui media sebelum ini, Norreen menafikan rumah tangganya sedang berdepan masalah.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka selepas Norreen dan Raizi dilihat tidak lagi berkongsi foto atau kandungan bersama di media sosial, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon lelaki herdik
2026-05-20 12:05:15

"Perasan Nak Mampos Ambil Gambar Dia" - Individu Dakwa Ditengking Pelakon Popular Bernama 'RR' Di Kedai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram