Kematian pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, ASP Mohd Firdaus Safuan Abdul Rasib baru-baru ini turut mengundang rasa sebak selepas bekas isterinya tampil menitipkan kata-kata terakhir buat arwah.
Menerusi satu kenyataan ringkas, wanita berkenaan memohon orang ramai agar menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta doa yang baik-baik buat arwah.

“Assalamualaikum saya bekas isteri kepada asp mohd firdaus safuan bin abdul rasib pegawai kanan jsj shah alam.. mohon sedekah kan al-fatihah dan doa yang baik2 untuk arwah.. dia seorang ayah yang sangat2 baik.. 10 tahun kita berpisah hidup hari ni kita berpisah mati”
Luahan tersebut menyentuh hati ramai apabila beliau menyifatkan arwah sebagai seorang ayah yang sangat baik, meskipun mereka sudah 10 tahun berpisah.
Pegawai Kanan JSJ Selangor Meninggal Dunia Terjatuh Dari Bangunan, Polis Klasifikasi ‘Mat* Mengejut’
Sebelum ini, kematian pegawai berusia 42 tahun itu disahkan polis sebagai kemalangan dan tidak mempunyai unsur jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati arwah dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.
Kes tersebut masih disiasat di bawah laporan mati mengejut, manakala proses bedah siasat telah selesai sebelum jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan, Pahang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
