Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 1160
Written by Bella | September 14th, 2015

Sudah beberapa bulan mengenali hati budi seorang pemuda kacak yang dikenali sebagai S yang merupakan teman lama Dynas Mokhtar semasa zaman persekolahannya, ramai yang bertanya bilakah saat beliau akan melangkah ke jinjang pelamin bersama kekasihnya itu?

Walaubagaimanapun, buat Dynas perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibicarakan kerana hubungan mereka masih lagi baharu meskipun bersikap terbuka kepada umum mengenai percintaan mereka.

Kalau dia terbuka mengenai hubungan kami, saya OK saja. Kami rapat. Perhubungan kami terjalin dalam tempoh yang masih baharu. Daripada kawan tiba-tiba jadi rapat. Tapi saat ini, soal nak kahwin belum terfikir lagi. Masih awal untuk menebak semuanya.

Membuat keputusan untuk berpisah bersama suaminya Hafizy Hafiz sekitar bulan Februari lepas selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga, kedua-dua mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga dua orang anak mereka iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Hari sekolah kebiasaannya anak saya dengan bapa mereka. Saya selalunya akan bersama anak pada hujung minggu. Jadual giliran itu boleh berubah ikut kelapangan masa.

Tentu sekali, Dynas Mokhtar tidak mahu pisang berbuah dua kali. Eloklah beliau ambil masa untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan benar-benar bersedia untuk berkahwin.

Sumber Berita: Berita Harian

 
Written by Bella | September 14th, 2015

Tahniah kami ucapkan kepada Farah AF2 yang telah selamat melahirkan anak keduanya bersama suami Johan Johari pada jam 9.31 pagi semalam di Island Hospital, Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Farah dan suami masih belum menetapkan nama untuk bayi perempuan mereka seberat 3.45 kilogram.

Alhamdulillah syukur semuanya selamat. Biarpun berdepan dengan beberapa hal tak terduga, segala-galanya dipermudahkan. Nama anak kami belum letak lagi. InsyaAllah sekitar hari ketujuh baharu kami akan beri nama kepada anak kedua kami.

Farah telah bernikah dengan Johan Johari pada tahun 2011. Sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan juga yang diberi nama Elsa.

Memang comel betul anak Farah, Alhamdullillah moga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini keluarga mereka akan lebih bahagia.

Sumber Berita: Berita Harian

 
Written by Bella | September 14th, 2015

Beberapa kali gagal dalam percintaan walaupun sudah hampir ke jinjang pelamin bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun membuatkan penyanyi Adira sukar untuk membuka hatinya menerima cinta kembali.

Meskipun tidak mempunyai sebarang ikatan bersama Shahrul lagi, Adira masih lagi ingin menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.

Memang ada yang ingin mencuba (mengurat) tetapi saya masih lagi menghormati perasaan keluarga dia (Shahrul) . Saya tidak mahu dilabelkan perempuan yang bukan-bukan. Hati ibu saya juga kena jaga. Biarlah saya memilih untuk hidup solo ketika ini”

Pada masa sama, saya akui, hati saya belum terbuka lagi untuk sesiapa. Susah untuk terima orang lain dalam hidup selepas dia.

Jelas Adira, beliau sebenarnya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal kegagalan bercinta dan menyedari sebagai manusia beliau ada kekurangannya juga.

Memang manusia itu tidak sempurna. Ada yang buat silap. Saya tidak salahkan dia. Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin kekurangan itu datangnya dari diri saya. Saya juga tidak pernah menyesal me­ngenali, bercinta dan kemudiannya bertunang dengannya. Sebabnya, sepanjang pengenalan kami banyak perkara yang saya belajar daripada dia.

Bukan mudah untuk hati yang terluka kerana percintaan untuk menerima kembali kasih sayang atau cinta baharu. Walaupun lukanya kadang-kadang sudah sembuh, tetapi parutnya masih lagi kelihatan.

Sumber Berita: Kosmo

Written by AbangNara | September 14th, 2015

Masih ingatkah anda dengan jawapan kelaut Mawar Rashid apabila ditanya apa itu GST? Betullah kata orang, publisiti negatif tetap adalah satu publisiti. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Oleh kerana video tersebut, Mawar Rashid mengakui namanya lebih dikenali atau dalam erti kata lain, semakin popular. Daripada langsung tak dikenali, Mawar Rashid mendapat banyak tawaran lakonan selepas kontroversi tersebut.
mawar rashid

Kata Mawar Rashid:-

Tidak sangka pula kontroversi negatif itu mendatangkan banyak perkara positif dalam hidup saya. Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan yang saya berikan ini bukan bermaksud saya berbangga tapi sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Tidak sangka selepas rakaman menjawab soalan itu menjadi viral, saya lebih dikenali. Secara tidak langsung, ia membantu saya terutamanya dalam perniagaan kanta lekap yang saya usahakan.

Ia memberikan lebih rezeki termasuklah tawaran berlakon. Perkara negatif itu mendekatkan saya dengan ramai orang. Malah kebanyakan mereka sudah nampak dan mula berkata walaupun ada yang menganggap saya kurang bijak tetapi sebenarnya saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apa saja bidang yang saya ceburi.

Orang yang berhasad dengki saja yang masih terus beranggapan buruk terhadap saya. Namun setakat ini, lebih banyak orang memberi sokongan. Saya akui bukanlah pandai sangat apabla mula menyertai industri hiburan ini, apatah untuk menjawab perkara yang saya tidak pernah alami.

Apa yang berlaku adalah pengalaman pertama dan setiap kesilapan yang berlaku itu saya perbaiki dan bangun kembali. Saya masih muda dan saya percaya kalau kita berusaha dari sekarang dan sentiasa positif, segalanya akan menjadi baik dan lancar.

mawar rashid

Walaupun dikecam kerana ketidaktahuannya tentang GST selepas video itu menjadi viral, nampaknya Mawar Rashid kini boleh tersenyum riang dengan populariti yang dikecapi. Mungkin selepas ini artis-artis baru yang kurang popular boleh mencuba cara ini untuk mengecap publisiti secepat mungkin. Untung-untung boleh boleh popular sekelip mata. Apa pun, semoga Mawar Rashid belajar dari kesilapan dan banyakkan membaca selepas ini. Jangan asyik tengok Facebook dan Instagram je. Pengetahuan am kena tambah juga dari masa ke masa. Tak gitu?